Tuesday, September 23, 2014

RESIPI - Sup Ikan Isnin Blur

Assalamualaikum & Selamat Hari Selasa !

Semalam Kakabell ade masak sup ikan --
Utk dinner sebab lunch Ami Kakabell ada kerja luar dan tak sempat balik makan --
Then malam menjelang Erik masak jugak --
Ikan masak asam rebus --
THORBAIK !


Bahan-bahan untuk Sup Ikan as follows:
4 Biji bawang merah - Dimayang (2 untuk menumis, 2 untuk dibuat bawang goreng)
2 Biji bawang putih - Dimayang (1 untuk menumis, 1 untuk dibuat bawang goreng)
1/2 Batang kayu manis
1 inci Halia - Potong kasar
Sedikit serbuk lada sulah
1 Biji bunga lawang
1/4 Kobis Bunga - Potong kecil
1/4 Lobak -Ikut suka nak potong macamana
Air 750ml - 1 liter
2 ketul ikan merah
Garam secukup rasa


Cara-cara memasak as follows:
1. Sediakan barang seperti diatas. Panaskan minyak dan goreng dahulu bawang untuk dijadikan bawang goreng. Jangan sampai hangus. Toss and put aside.

2. Tumiskan bawang merah + bawang putih + kayu manis + bunga lawang + halia sehingga naik bau. Sprinkle serbuk lada sulah sedikit. Kacau sebentar kemudian masukkan air.

3. Setelah air mendidih, masukkan lobak. Biarkan selama 5 min. Sesiapa suka empuk, biarlah lama lagi. Kakabell suka keras crunchy sikit, so renehkan sekejap ja.

4. Masukkan ikan. Let it simmer for the next 5-8min.


 5. Setelah ikan bebenar dah masak, masukkan kobis bunga + daun sup. Let them continue simmer for the next 5 min. Season to taste.




  6. Last but not least, taburkan bawang goreng dan ready to serve !
Inilah hasil dari kuali. Kakabell tak sempat nak amik pict dalam mangkuk. Harap maklong -- agagaga.
Alhamdulillah --
Rezeki Allah --
Erik masak ikan asam rebus --
Sopi datang bawak kek vanilla + cokelat --
Signature kek from her --
Insyaallah 1 find day nanti nak belajar dr beliau !
Happy cooking and till then !

No comments:

Post a Comment