Monday, September 15, 2014

RESIPI - Ayam Masak Merah Family Day

Assalamualaikum dan selamat petang.

Anyhow, Kakabell tahu kat blog nieh tak ada photo masakan langsung kan? --
Kakabell akan cuba improve soon --
Masak dan capture the photo --
Insyaallah, Kakabell tak janji ye diknon --
Takut Kakabell ta kuad (Ayat abang kawasan, Ashanas).

So, petangnieh Kakabell akan share resipi Ayam Masak Merah Family Day weekend semalam --
Kawan baik Ami Kakabell, Safwan aka Wan ada masak nasi beriyani --
Memang thorbaik baq ang dier punya nasi beriyani --
Full of flavor dan cukup berempah --
Hopefully Wan akan share dengan Kakabell the recipe soon !

Bahan-bahan (4-5 orang makan)
12 ketul ayam (3/4 ekor ayam) - digoreng 3/4 cooked (season dengan serbbuk kunyit dan garam)

Bumbu ditumbuk:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai - dititik

7 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu sos tiram

1 biji tomato - didadu
1 batang serai - smash it baby !
1 biji bawang kuning - mayang bulat
Gula Garam

Cara-cara
1. Goreng ayam sehingga 3/4 masak.
2. Tumiskan serai bersama bumbu yang ditumbuk sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan cili boh sehingga naik minyak.
4. Masukkan kesemua jenis sos dan kacau sebati. Add in the tomato dan kacau sehingga tomato kering.
5. Tambah 2 cawan air dan let it simmer for awhile.
6. Season to taste dan masukkan ayam. Let the chicken fully cook inside the gravy dan kalau kurang air, campurkan air secukup rasa. Kakabell let it simmer for 15mins.
7. Season to taste dan akhir sekali masukkan hirisan bawang kuning dan sedikit daun sup! ready to serve !

In compliment to the Nasi Beriyani, Kakabell ada masak sedikit Kari Kurma Ayam --
Resipi as follows :

Bahan-bahan (3 orang makan)
2 ketul ayam

Bumbu tumis:
2 bijik bawang merah - mayang
1 bijik bawang putih - mayang
1/2 inci halia - mayang halus
1 batang serai - dititik
1/3 kayu manis
1 biji bunga lawang
Daun kari

Campurkan dengan air:
1 sudu serbuk kari daging
1 sudu serbuk kurma

1/2 biji kentang - dadu
1/4 capsicum hijau - mayang halus
1/4 lobak - mayang segitiga
1/3 kotak santan segera
Air dan garam secukupnya

Cara-cara
1. Tumiskan bumbu tumis (kecuali daun kari) sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan daun kari sehingga naik bau.
3. Masukkan bancuhan kari dan kurma, kacau sehingga naik bau dan naik minyak.
4. Masukkan ayam, kacau rata keseluruhannya dan biarkan sebentar sehingga keluar air dan kering.
5. Masukkan 1 cawan air bersama separuh daripada 1/3 santan (supaya menjadi santan cair), kentang, lobak and let it simmer for 15min.
6. Season to taste, masukkan capsicum dan baki santan. (Sekiranya terlalu pekat, tambahkan air sedikit lagi)
7. Kacau sehingga naik minyak dan ready to serve !

Kakabell ada MENCUBA buat simple tomato salad (lucky Ami Kakabell suka) --
Dan disebabkan Wan tak makan sayur, jadinya Kakabell buat sikit sahaja --
Resipi as follows :

Bahan-bahan (2 orang makan)
1 biji tomato - didadu
3 batang daun sup - dipotong halus
1/3 bawang kuning - dimayang
Secubit gula dan garam

Cara-cara
Mix all and ready to serve !
Sejukkan dulu dalam peti sejuk would be nice.


Till then !

No comments:

Post a Comment