Thursday, October 9, 2014

RESIPI - Rendang Ayam Inspire by Maksu

Assalamualaikum dan Good Day strangers !


Ini resepi hari Selasa kelmarin --
Rendang Ayam inspired by Maksu --
Maksu buat rendang nieh masa raya puasa itu hari --
Based on observation, Kakabell try buat.

ALMOST perfect --
Almost but not yet.

Selama nieh Ibu Kakabell jak yang selalu buat rendang --
Kakabell never once berusaha untuk masak --
Sebab selalu fikir "Tak apa. Ibu ada. Ibu boleh masakkan" --
Now, RASAKAN ! --
Pengajarannya, belajarlah masak drpd Ibu ktkorang.


Rendang Ayam N9 Maksu !
Bahan-bahan:
5 ketul ayam
1 biji cili merah (kalau nak pedas, masukkan cili api sekali, 3 biji)
Santan 1/2 Kotak
Kerisik 1 paket (Kakabell guna jenama Agromas, reliable dan sedap)
1 batang serai - dititik
1 sudu teh paste asam jawa
Air secukupnya
Garam 2 sudu teh *Ikut rasa
Gula 3 sudu teh *Ikut selera
Daun kunyit -  diracik halus

Bahan dikisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 ulas kunyit hidup
2 inci serai 
3 inci lengkuas (lagi banyak lagi sedap)
1 batang serai (potong halus dulu mcm nak buat kerabu, senang dikisar dan cepat hancur).

Cara-cara:
1. Masukkan ayam, bahan kisar dan serai yang dititik kedalam kuali.
2. Biarkan merebus. Tambahkan air dan santan sehingga ayam masak dalam 15 min.
3. Masukkan santan dan kerisik.
4. Season to taste dan masukkan daun kunyit.
5. Ready to serve !
Ini adalah sebahagian bahan-bahan yang digunakan.
Kakabell missed out kunyit hidup. Blend kesemua bahan kecuali daun kunyit.


TARA ! Ini rendang kering. Kakabell teringin and Ami KAkabell cadangkan buat cair sikit sebab beliau suka mkn berkuah. Kemudian (setelah pict ini diambil) Kakabell campur air dan keep it simmer for awhile. Season and taste.
Dalam masa yang sama Kakabell teringin makan sambal kering tempe so bergegas Kakabell masak selaju mungkin !


Sambal Tempe !
Bahan-bahan:
1 paket tempe / 3 biji tempe (kg style of tempe)
1 biji kentang
Sejemput ikan bilis 
5 sudu makan cili boh
gula dan Garam secukupnya


Bahan ditumbuk:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
1. Gorengkan tempe, ikan bilis dan kentang, Letak tepi.
2. Tumis bahan ditumbuk sehingga kekuningan dan masukkan 5 sudu cili boh.
3. Masakkan cili sehingga naik minyak dan masukkan garam dan gula secukupnya.
4. Perlahankan api, masukkan semua bahan yang digoreng tadi, Gaul sebati. Matikan api.
5. Ready to serve !

Gorengkan bahan diatas. 

AAAAAA. Best nya dapat kudap fries !

Tumbukkan bawang dan tumiskan sehingga kekuningan.
Masukkan cili boh, masak sehingga naik minyak.

TARAAA ! Dah ready. Kakabell ada leftover telur rebus dr raya itu hari dan Kakabell decide nak buat sambal kicap telur rebus. 

p/s: Cili Boh instant kalinieh tak begitu kick dan merosakkan texture rasa sambal goreng dan sambal telur. It become bit bitter at the end. Jadinya, Kakabell lebih percaya dengan cili yang kita kisar sendiri dirumah. Kakabell akan banned cili boh instant jenama itu selepas ini. Sorry manufacturer, your cili boh doesn't suit my taste. 


So far, that's all --
Until then !
xoxo !

No comments:

Post a Comment