Thursday, October 9, 2014

PUISI - Simpan Pegang Seranah Caci by FJ

Manusia --
Mudah memcaci, memaki, memarahi manusia yang lain --
Demi memenuhi hati sendiri --
Kesian hati yang dicaci, dimaki dan dimarahi --
Konsikuasinya --
Hati hati dicaci akan Simpan Pegang Seranah Caci.

Simpan Pegang Seranah Caci by FJ.
Puisi Tepi Jalan, Rabak Lit.

aku simpan seranahmu dalam liang telinga --
dengan harap yang aku gunungkan dari sebutir zarah hati --
semoga diciptakan Tuhan suatu hari nanti untuk aku ambil semula dan paksa kau jilat kembali.

aku pegang cacianmu dalam salur kerongkong dengan mimpi yang aku campingkan dari secebis ngilu --
semoga dikenankan Tuhan suatu hari nanti untuk engkau dapatkan semula dan kunyah setiap satu persatu.

kerana bahasamu yang kau pinjam dari 'iblis' itu --
terlalu indah bunyinya sehinggakan aku mahu sekali simpankan dan pegangkan sehingga suatu masa nanti kau jilat dan kau kunyah dengan hina.

kerana aku tak reti untuk 'mati' --
semata-mata untuk lidah yang kau sewa dari 'neraka'.

kerana aku tidak mahu 'mati' --
selagi yang benar tidak memberi aku 'syurga'.

No comments:

Post a Comment