Friday, October 24, 2014

RESIPI - Kari Ayam

Assalamualaikum !
Salam Jumaat.

Masyaallah --
Lamanya Kakabell tak meroyan dalam nieh --
Been so lazy and busy with new creature at home --
Weekend je pergi repair rumah sewa baru --
WAH !


OK -- 
Talking no further --
Kakabell nak share resipi Kari Ikan dan Sambal Ayam.


Resipi as below !


Kari Ayam 
Bahan-bahan:

Menumis -
3 biji bawang kecil - mayang
1 ulas bawang putih - mayang
2 hirisan halia
1 batang serai - dititik
Bunga lawang dan kayu manis - 1 setiapnya

5 ketul ayam (mula-mula Kakabell plan nk goreng je, tu yang dah terbubuh kunyit)
1/2 kotak santan - 1/2 buat santan cair 1/2 buat santan pekat
2 sudu makan cili boh
1 biji kentang - didadu
1/3 lobak - potong panjang
1/3 terung - potong panjang
3 sudu makan serbuk kari - dibancuh dengan air
1 batang cili merah - pilihan
Garam secukup rasa.


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan masukkan 3 sudu cili boh. Masakkan cili boh sehingga naik minyak.
2. Selepas cili boh sudah naik minyak, masukkan semua bahan tumisan sehingga wangi.
3. Selepas kesemua bahan sudah layu, masukkan bancuhan serbuk kari dan daun kari. Tumis sehingga naik minyak.
4. Masukkan ayam. Biarkan ayam keluarkan semua air dan masukkan santan cair. Biarkan mereneh kemudian masukkan kentang.
5. Selepas 10-15min, masukkan sayur yang lain dah biarkan mereneh untuk 5min.
6. Masukkan santan pekat dan season to taste.
Ready to serve !



Sambal ayam
Bahan-bahan:

Menumis -
3 biji bawang kecil - mayang
1 ulas bawang putih - mayang
2 hirisan halia

5 ketul ayam (mula-mula Kakabell plan nk goreng je, tu yang dah terbubuh kunyit)
2 sudu makan cili boh
2 sudu makan pes tomyam
Air secukupnya (1 liter - 1.5 liter)
Garam secukup rasa.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan masukkan 3 sudu cili boh. Masakkan cili boh sehingga naik minyak.
2. Selepas cili boh sudah naik minyak, masukkan semua bahan tumisan sehingga wangi.
3. Selepas kesemua bahan sudah layu, Masukkan ayam.
4. Biarkan ayam keluarkan semua air dan kemudian masukkan air. Biarkan selama 5min.
5. Masukkan pes tomyam dan biarkan ianya mereneh bersama ayam selama 10min.
6. Jika mahukan berkuah, tambahkan air lagi. Jika tidak, season to taste and ready to serve !

P/s - Pengunaan pes tomyam dapat melengkapkan rasa sebab dalam pes tomyam ada serai, lengkuas etc.



AH --
There will be another series of repair rumah --
HEROES tak jemu mengemas dan memperbaiki rumah sewa baru tu --
Harap Tuan Rumah dapatlah tolerate.


TILL THEN !
xoxo

Thursday, October 9, 2014

PUISI - Simpan Pegang Seranah Caci by FJ

Manusia --
Mudah memcaci, memaki, memarahi manusia yang lain --
Demi memenuhi hati sendiri --
Kesian hati yang dicaci, dimaki dan dimarahi --
Konsikuasinya --
Hati hati dicaci akan Simpan Pegang Seranah Caci.

Simpan Pegang Seranah Caci by FJ.
Puisi Tepi Jalan, Rabak Lit.

aku simpan seranahmu dalam liang telinga --
dengan harap yang aku gunungkan dari sebutir zarah hati --
semoga diciptakan Tuhan suatu hari nanti untuk aku ambil semula dan paksa kau jilat kembali.

aku pegang cacianmu dalam salur kerongkong dengan mimpi yang aku campingkan dari secebis ngilu --
semoga dikenankan Tuhan suatu hari nanti untuk engkau dapatkan semula dan kunyah setiap satu persatu.

kerana bahasamu yang kau pinjam dari 'iblis' itu --
terlalu indah bunyinya sehinggakan aku mahu sekali simpankan dan pegangkan sehingga suatu masa nanti kau jilat dan kau kunyah dengan hina.

kerana aku tak reti untuk 'mati' --
semata-mata untuk lidah yang kau sewa dari 'neraka'.

kerana aku tidak mahu 'mati' --
selagi yang benar tidak memberi aku 'syurga'.

PUISI - Minta Pulangkan by FJ

Puisi ini sama yang aku rasa --
Tapi, aku belum mampu untuk minta pulangkan.

Minta Pulangkan by FJ
Puisi Tepi Jalan, Rabak-Lit.

setiap perca hati aku --
yang ditenyeh pijak --
dikunyah henyak --
disiat hancur--
dicincang lebur--

minta pulangkan.

setiap titis air mataku --
yang dihirup kejam --
diracun tajam --
direnjis bazir --
dimuntah hanyir --

minta pulangkan.

setiap degup jantung aku --
yang dicekik sesak --
digilis lanyak --
ditusuk hiris --
dibiar sadis --

minta pulangkan.


sudah ada yang mahu mengutip --
setiap perca hati aku --
setiap titis airmata aku --
setiap degup jantung aku --
minta pulangkan --
tak tahu malu.



Simple Oats for Lunch !



Oats, Ikan bilis kicap, sayur bening dan tauhu goreng. Comfort food !

Assalamualaikum dan Good Day !
This menu, Kakabell buat semalam --
Kakabell crave for ikan bilis kicap dan oats, AGAIN.

Ikan Bilis Kicap !
Bahan-bahan:
Sejemput ikan bilis - digoreng
1/2 labu bawang holand - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1 biji cili api - hiris halus
Kicap Kipas Udang warna merah

Cara-cara:
1. Gorengkan sejemput kecil ikan bilis - put aside.
2. Tumiskan bahan yang dimayang sehingga kekuningan.
3. Masukkan kicap 5 henjutan botol dan let it simmer. Perlahankan api, masukkan ikan bilis.

Ready to serve !


Sayur Hening Bening !
Bahan-bahan:
1/2 labu bawang holand - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1 biji cili api - hiris halus
1/2 kiub ayam
1 biji bebola ayam - dipotong kib
1 biji tauhu - dipotong kiub
1 pokok sawi / pak choy
1/3 lobak - hiris halus


Cara-cara:
1. Rebuskan air. Masukkan bawang holan, bawang putih, cili dan kiub ayam. Rebus sehingga mendidih.
2. Masukkan tauhu dan bebola ayam. Rebus sehingga masak. 
3. Masukkan sayur yang lain dan season to taste.

Ready to serve !

Enjoy --
Till then --
xoxo !

RESIPI - Rendang Ayam Inspire by Maksu

Assalamualaikum dan Good Day strangers !


Ini resepi hari Selasa kelmarin --
Rendang Ayam inspired by Maksu --
Maksu buat rendang nieh masa raya puasa itu hari --
Based on observation, Kakabell try buat.

ALMOST perfect --
Almost but not yet.

Selama nieh Ibu Kakabell jak yang selalu buat rendang --
Kakabell never once berusaha untuk masak --
Sebab selalu fikir "Tak apa. Ibu ada. Ibu boleh masakkan" --
Now, RASAKAN ! --
Pengajarannya, belajarlah masak drpd Ibu ktkorang.


Rendang Ayam N9 Maksu !
Bahan-bahan:
5 ketul ayam
1 biji cili merah (kalau nak pedas, masukkan cili api sekali, 3 biji)
Santan 1/2 Kotak
Kerisik 1 paket (Kakabell guna jenama Agromas, reliable dan sedap)
1 batang serai - dititik
1 sudu teh paste asam jawa
Air secukupnya
Garam 2 sudu teh *Ikut rasa
Gula 3 sudu teh *Ikut selera
Daun kunyit -  diracik halus

Bahan dikisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 ulas kunyit hidup
2 inci serai 
3 inci lengkuas (lagi banyak lagi sedap)
1 batang serai (potong halus dulu mcm nak buat kerabu, senang dikisar dan cepat hancur).

Cara-cara:
1. Masukkan ayam, bahan kisar dan serai yang dititik kedalam kuali.
2. Biarkan merebus. Tambahkan air dan santan sehingga ayam masak dalam 15 min.
3. Masukkan santan dan kerisik.
4. Season to taste dan masukkan daun kunyit.
5. Ready to serve !
Ini adalah sebahagian bahan-bahan yang digunakan.
Kakabell missed out kunyit hidup. Blend kesemua bahan kecuali daun kunyit.


TARA ! Ini rendang kering. Kakabell teringin and Ami KAkabell cadangkan buat cair sikit sebab beliau suka mkn berkuah. Kemudian (setelah pict ini diambil) Kakabell campur air dan keep it simmer for awhile. Season and taste.
Dalam masa yang sama Kakabell teringin makan sambal kering tempe so bergegas Kakabell masak selaju mungkin !


Sambal Tempe !
Bahan-bahan:
1 paket tempe / 3 biji tempe (kg style of tempe)
1 biji kentang
Sejemput ikan bilis 
5 sudu makan cili boh
gula dan Garam secukupnya


Bahan ditumbuk:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
1. Gorengkan tempe, ikan bilis dan kentang, Letak tepi.
2. Tumis bahan ditumbuk sehingga kekuningan dan masukkan 5 sudu cili boh.
3. Masakkan cili sehingga naik minyak dan masukkan garam dan gula secukupnya.
4. Perlahankan api, masukkan semua bahan yang digoreng tadi, Gaul sebati. Matikan api.
5. Ready to serve !

Gorengkan bahan diatas. 

AAAAAA. Best nya dapat kudap fries !

Tumbukkan bawang dan tumiskan sehingga kekuningan.
Masukkan cili boh, masak sehingga naik minyak.

TARAAA ! Dah ready. Kakabell ada leftover telur rebus dr raya itu hari dan Kakabell decide nak buat sambal kicap telur rebus. 

p/s: Cili Boh instant kalinieh tak begitu kick dan merosakkan texture rasa sambal goreng dan sambal telur. It become bit bitter at the end. Jadinya, Kakabell lebih percaya dengan cili yang kita kisar sendiri dirumah. Kakabell akan banned cili boh instant jenama itu selepas ini. Sorry manufacturer, your cili boh doesn't suit my taste. 


So far, that's all --
Until then !
xoxo !

Hari Raya Haji 2014 di Perantauan

VOGUE THE VASS sangat tajuk --
tetap gak kat perantauan --
Jauh dari keluarga, KAH !

Once balik dari Rachan --
Kami singgah pelbagai tempat anyway and reach home around 8.00pm --
Darn seriously fully utilize our Saturdate --
Reach home, Wan and Ami terus grab pinggan and finish all left over nasi lemak.

LEGA --
Kakabell boleh masak dinner lambat sikit --
Ikan masak kicap dan sayur lodeh testing --
At last Kakabell makan sendirik --
Sidak dah tidur kepenatan !


So, jom masak untuk Raya !
Menu:
Nasi Impit
Serunding Kelapa
Serunding Ayam
Serunding Dgg (sponsor by Wan)
Kuah Lodeh
Sambal Tumis
Soto Ayam
Ayam Masak Merah !
Lemang (Beli)
Lepat Pulut, Kari ayam dan Daging Dendeng (Pemberian jiran sebelah)

WOHA !
Kakabell masak banyak sebab Ami ada jemput kawan office --
But unfortunately none of them are coming --
Only Sofi and Rita jak yang datang --
So, sebelom sidak pulang, kmkorang sudah siap tapaukan bekalan awal-awal :)


Kakabell masak 30 biji nasi impit. 2 periuk. Dalam masa 1 1/2jam ready.
TARA !! Sejukkan dalam bekas belubang supaya air rebusan boleh slip thru dan nasi impit akan tahan lama.


Serunding Kelapa - Heaven on earth untuk dimakan bersama nasi panas / lontong.





Telur rebus is a must untuk lontong. Kakabell plan nak masak sambal paru but due to unforeseen circumstances, Kakabell sikpat nak beli paru, so Kakabell just buat sambal tumis ikan bilis.
Ini preparation untuk Kuah Lodeh. Tempe, Tauhu, Sengkuang, Lobak, Kacang Bonces, Kentang dan juga Kobis. Meleleh air liur waktu menaip nieh !

Ini sebahagian hidangan selepas Ami and Wan balik sembahyang.
Jiran sebelah bagi kmkorg Lepat pulut, Daging Dendeng dan juak Kari Ayam ! To return the favor, Kakabell tapaukan lontong untuk sidak di sebelah :)

Dalam pukul 11.00am begitu, Kakabell br dapat masak Ayam Masak Merah requested by Ami Kakabell. Kakabell igt xpyh masak lauk dah. Rupanya memang tak best kalau raya xdhe ayam masak merah or rendang !


Ini Lontong Kakabell di pagi raya !



Ini Nasi Impit bersama serunding. Masyaallah memanglah gila makan. Lepas makan nieh, kami hantar Wan balik rumah.
Kakabell tapaukan segala yang boleh ditapau cuma sayangnya kuah lodeh tak dapat Kakabell nak tapaukan sebab rumah Wan sikda peti ais. Sobs.


Ini adalah menu Brunch dipagi raya ke-2. Sungguh santai, sebatang buluh tu Ami and Kakabell habiskan sekali ngap. Ayam masak merah, serunding kelapa (serunding ayam dah licin), telor, sambal tumis dan tidak ketinggalan, kuah lodeh !

Ini pertama kali Kakabell masak atas usaha sendiri --
Selamanieh berharap pada Ibu --
Alhamdulillah dipermudahkan --
Semua menjadi dan Wan bagi credit pada Kakabell --
Segala pujian adalah untuk Allah yang memberikan pinjaman dan kurniakan bakat pada Kakabell.

ALHAMDULILLAH.

Until then !
xoxo !

Family Time - Unplanned Picnic !


Bila off day or PH --
Inilah kami yang tak tahu duduk rumah --
Hari Raya Haji Eve dan Ami Kakabell nak jugak pergi berkelah --
Saturdate, 4th Oct 2014 !
HARI RAYA HAJI EVE, weyh !

Ini semua kerja Ami Kakabell --
Malam tu Kakabell dah deal --
Deal dengan Ami dan Wan --
Sabtu pagi tu Kakabell buat nasi lemak --
Dan mereka pergi cari barang masak untuk raya haji, raya weyh ! 

Pagi tu Kami bertiga woke up bit late --
Malamtu kami stay up until 2am kalau tak silap --
Layan HBO, FOX dan etc sampai lebam --
Lagipun Sabtu kan --
Bangun pagi, Kakabell terus ke dapur --
Ami and Kakabell xmo kejut Wan sebab nyenyak betul tidur --
So, dengan yakin, Ami Kakabell pergilah ke pasar basah, SENDIRI.

Kakabell dengan happy-nya masak tung-tang-tung-tang kat dapur --
Wan bangun tanya mana Ami Kakabell --
Kakabell jwblah ke pasar --
Wan terkejut ! Terkejut kenapa Ami Kakabell pergi sendiri HAHA.

5minit kemudian --
Kami dengar bunyi kereta di porch.


Tet-tut-tet-tut-tet Kakabell dengar bunyi tapak kaki Ami ke dapur --
LORH ! Ami Kakabell bisik beliau tak pandai beli barang dapur and barang basah sendiri ! --
Dah sampai kedai tapi terkedu and kaku --
Kakabell apa lagi, gelak pecah perut lah ! Redha jelah Kakabell --
Wan pulak dah agak dah sebab mana pernah Ami Kakabell pergi shopping barang basah tu sendiri --
Eh. Kakabell dah bagi list ok. HAHA --
Teruslah Kakabell matikan api dapur, biarkan sambal ikan bilis dalam kuali --
Kakabell bersiap dan pergi ke kedai bersama --
Laju-laju Kakabell bershopping sebab dah pukul 8.30 ! --

Dalam pukul 9.00 reach home --
Sambung masak dan bungkus semua --
Ami Kakabell pack barang masuk dalam beg --
Kakabell pack nasi lemak, roti dan segala bekalan untuk pergi berkelah.

Taman Rekreasi Ranchan, Serian, Sarawak.
Mengambil masa kurang dari 1-jam dari bandar Kuching --
Kami bertolak dalam 10.18 pagi --
and to Ranchan we head !


Pintu masuk ke kawasan Rekreasi.

Kami parking kereta dibawah. Ami Kakabell lupa yang boleh parking kat atas, 1 tingkat lagi. Actually air terjun kat tingkat bawah pun seronok juak cumanya ramai orang sikit. Biasalah orang malas nak jalan ke atas sikit.


Inilah bekalan kami. HOWA ! Lapar gilak dah time nieh. Dari bangun belom makan apa.


Nasi Lemak santan kotak pun boleh, Sambal Ikan Bilis meletop dan semua condiments. ARGH ! Nyaman weyh !


Inilah. Inilah dia ke-nyamanan paling asyik. Pertama kali buat nasi lemak setelah 1 bulan setengah di Kuching. Lama juak sik makan nasi lemak. Ku molah sendirik ba.
Ini sekitar kawasan tingkat 1. Dekat dengan parking tingkat 1. Lebih tenang. Tingkat bawah air lebih deras menurun. Time kami datang cuaca agak sedap-sedap redup nak ke mendung. Air sejuk tahap boleh adapt lagi. Bukan sejuk yang melampau.


Ini sekitar kawasan Tingkat 1. Naik sedikit dibahagian atas, mereka ada buat seperti tembok supaya dapat mengawal air yang mengalir, so call not really natural flow sudah. Ianya ada fungsi lain dimana dikawasan air yang tenang, ada ikan yang gigit sel kulit mati. Even di kawasan Tingkat 1 pun ada. Kaki Ami and Kakabell kena gigit-gigit dengan ikan kecil. Wan sikmo try, sejuk katanya. Beliau dah naik sebab kesejukan, orang kurang lemak memang cepat sejuk. KAH !

Kami juak ada nampak baby udang. WE DON'T LIE. Come here and experience it. Worth to have such environment and ketenangan.
Time to mandi ! Let's go !



p/s Pergi awal-awal pagi lagi lebih menyeronokkan !

Till then !
xoxo !

Wednesday, October 8, 2014

REVIEW - Pay Day dan Mee Kolok !

Assalamualaikum dan Good day dear strangers.

OMO ! --
Lamanya tak menaip --
Seminggu ada lah kot kan? --
Ke 2-minggu ? --
OMO !

Having a tough and rough 2-weeks --
Kakabell strive and look forward --
Let's continue writing and don't kill yourself.


Entree kali ini --
Kakabell nak share about pengalaman enjoying and indulging myself dengan signature dish of Sarawakian which is Mee Kolo / Mee Kolok / Mee Sapi --
Some call it Mee Kolo (versi chinese) --
Some call it Mee Kolok (versi normal) --
Some call it Mee Sapi (versi melayu).

Restauran terpilih adalah Restauran Mee Kolok Hj. Salleh (Nama sebenar kedai ialah Sepinang Sari Cafe, Jalan Satok, Kuching Sarawak).

Restauran ini terkenal dengan Mee Sapi @ Mee Kolok mereka --
Memang full of flavor --
Ramai pengunjung --
Memuaskan dan cukup sempurna --
Expect kerusi penuh dan delay on delivery time sebab segala persediaan mee, roti bakar sehingga cashier hanya dibuat oleh 2-orang sahaja.

Operation hours :
Rabu - Isnin 5.30am to 4.00pm
Setiap Selasa TUTUP kecuali Selasa minggu ke-4 (Pay day maa, mestilah bukak 24/7 ! Hee)
Left - Ami Kakabell request Extra Mee.
Right - Normal portion of Mee Kolok / Mee Sapi.
Ada few type of Mee Kolok / Mee Sapi - Mee Kolok biasa, Mee Kolok Tendon (daging dan otot lembu) dan juga Mee Kolok Tulang & Tendon.
Semua berharga dalam RM4.50-RM9.00
p/s : Ami Kakabell pesan supaya pergi awal pagi 8am ke bawah untuk merasa sup daging yang masih pekat dan lazat !


So far, selama 4 tahun Ami Kakabell serve here in Kuching --
Inilah restauran yang Ami Kakabell bawa setiap kali Kakabell touchdown in Kuching --
Then after that only Ami Kakabell bawa pergi Teh Tarik Place.

Di Teh Tarik Place ada variety kind of food --
Dari Mee, Laksa, Mee Jawa, Satay, Nasi Ayam etc.

Ini Mee Kampua Daging. Another fav Kakabell towards the food over here. This Mee Kampua from Teh Tarik Place.

Oh ! It's raining outside, now ! --
Heavy rain and Ami Kakabell went out for meeting --
Ohh ! harinie ada gerhana bulan but since petang langit dilindung awan --
So, sik nampak bulan tek --
Tiba-tiba feeling tak best sangat bila stay at home alone. Sobs --
But Kakabell ada kawan baru at home --
Will reveal soon !


Till then.
xoxo !